Padang, Indonesia
Kota Padang merupakan ibu negeri dan bandar terbesar di Sumatra Barat, Indonesia. Pelabuhan Teluk Bayur merupakan pelabuhan tersebar dan tersibuk di pantai barat Sumatra. Terdapat juga lapangan terbang baru iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau (PDG/WIPT). Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Padang. Antaranya ialah : 1. Pantai Air Manis merupakan salah satu pantai terkenal di Padang yang mempunyai pasir putih yang lembut dan pemandangan yang indah. Pantai ini terkenal dengan legenda Malin Kundang, di mana anda boleh melihat batu yang dipercayai Malin Kundang yang dikutuk oleh ibunya. Pantai ini juga terkenal di kalangan pelayar kerana ombaknya yang mencabar. 2. Jambatan Siti Nurbaya merupakan ikon Kota Padang yang menawarkan pemandangan indah ketika matahari terbenam. Jambatan ini dinamakan sempena watak dari novel terkenal "Sitti Nurbaya" karya Marah Rusli. Dari jambatan ini, pengunjung boleh menikmati pemandangan kota Padang dan bo...