Tokoh Motivasi, Dato' Fadzilah Kamsah
Dato' Fadzilah Kamsah adalah seorang penulis, motivator, dan pendakwah yang terkenal di Malaysia. Beliau dikenali dalam bidang pembangunan diri dan motivasi atas sumbangannya.Lahir pada tahun 1951 di Malaysia, beliau telah menginspirasi banyak orang melalui karyanya.
Fadzilah memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1977. Pada tahun 1993, beliau menubuhkan sebuah syarikat untuk menyediakan perundingan pembangunan motivasi dan keluarga. Pada 10 Januari 2008, Fadzilah dinamakan "Tokoh Maal Hijrah" Selangor sebagai mengiktiraf sumbangan beliau terhadap keluarga dan pembangunan modal insan.
Fadzilah memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan kepujian kelas pertama dari Universiti Malaya pada tahun 1975, Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartawanan (1977) dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Organisational Communication (1984) dari Universiti Wisconsin–Madison, Amerika Syarikat.
Fadzilah Kamsah sering kali memberikan ceramah, kursus, dan penulisan untuk membantu orang memahami konsep-konsep pemikiran positif, kecemerlangan diri, dan motivasi. Selain itu, beliau juga seorang pengarang buku yang terkenal, dengan judul-judul seperti "Sindrom Salbiah" dan "Menjadi Istimewa".
Ulasan
Catat Ulasan