Insiden pokok tumbang di Kuala Lumpur

        Pada 7 Mei 2024, berlakunya insiden pokok tumbang besar yang melibatkan Seorang lelaki berusia 47 tahun maut. Selain itu, seorang lagi lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa. Pada ketika itu, dua mangsa tersepit dalam kenderaan mereka telah pun berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba iaitu Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur M Fatta M Amin. Beliau memaklumkan insiden itu menyebabkan 17 buah kenderaan rosak dan landasan monorel berhampiran turut terhalang oleh dahan daripada pokok tumbang tersebut. Kejadian itu juga menyebabkan kerosakan fasiliti awam di kawasan itu termasuk perhentian bas di tepi laluan berkenaan. Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 14.19 petang, seterusnya menghantar jentera ketempat kejadian. Dalam operasi menyelamat dan pembersihan insiden tersebut, antara pasukan yang terlibat ialah pasukan operasi daripada BBP Jalan Hang Tuah bersama tiga balai bantuan, BBP Titiwangsa, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Sentul bersama jentera FRT-4 dan EMRS-4, dengan kekuatan 27 orang anggota lain-lain pangkat. 


         

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tok Janggut : Tokoh Agama

Warisan Budaya

Tokoh Motivasi, Dato' Fadzilah Kamsah