Sabah, Malaysia


       Sabah juga dikenali sebagai Sabah Negeri Dibawah Bayu ialah salah satu wilayah yang membentuk Persekutuan Malaysia. Sabah terletak di bahagian utara pulau Borneo. Ibu Negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jeselton. Kedudukan Sabah yang sangat strategik yang terletak di bawah laluan angin monsun dan tidak pernah dilanda ribut taufan, kecuali beberapa ribut tropika berskala kecil. Sabah ialah negeri kedua terbesar Malaysia. Luas dataran kawasan Wilayah Sabah dijangkau kira-kira 72,500 kilometer persegi, dan bersempadan dengan Sarawak, dan terpisah dari Wilayah Persekutuan Labuan di Malaysia. 


        Tempat yang dikunjungi yang terletak di Sabah ialah Kota Kinabalu. Bandar ini juga merupakan destinasi pelancongan utama dan pintu masuk yang popular bagi pelancong yang melawat Sabah dan juga Borneo. Ramai pelancong mengambil kesempatan untuk menikmati hidangan makanan laut di Todak Waterfront yang ianya dikenali sebagai tempat makan makanan laut yang murah. Antaranya ketam, ikan, kerang, sotong dan lain-lain boleh didapati disitu dengan mudah dan murah berbanding di Semenanjung Malaysia. 


        Selain itu, Kundasang juga salah satu tempat yang dikunjungi di Sabah dan merupakan sebuah kawasan yang terletak di daerah Ranau, Sabah, Malaysia. Kawasan ini terletak di kaki Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. Kundasang terkenal dengan pemandangan semula jadi yang menakjubkan, termasuk ladang sayur-sayuran menghijau dan ladang teh yang luas. Kawasan ini juga menawarkan pemandangan Gunung Kinabalu yang menakjubkan. Kundasang menarik ramai pelancong dari dalam mahupun luar negara yang tertarik dengan keindahan alam semula jadi dan udara pergunungan yang segar. Terdapat pelbagai tarikan pelancong di sekitar Kundasang, termasuk Memorial Perang Kundasang, Mata Air Panas Poring, Ladang Tenusu Desa, dan taman semula jadi yang menawarkan aktiviti mendaki dan menikmati alam semula jadi.

       Kesimpulan, banyak tempat yang boleh kita kunjungi di Malaysia yang dapat menikmati keindahan yang tersendiri dan menyimpan kenangan.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tok Janggut : Tokoh Agama

Warisan Budaya

Kritikan terhadap filem "Sheriff : Narko Intergriti"