Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2024

Isu Bahasa Baku

Imej
Bahasa baku  ialah kelainan bahasa  yang telah mengalami pengkanunan  yang cukup banyak terhadap tatabahasa  dan penggunaannya, walaupun kadangkala istilah tersebut merujuk keseluruhan suatu bahasa yang memasukkan bentuk terpiawai sebagai salah satu kelainanan.  Perkataan  “baku” sebenarnya berasal daripada perkataan Jawa yang bermaksud “yang (sudah) diterima umum sebagai betul. Sah dan dapat dijadikan asas perbandingan.” (Kamus Dewan).      Jadi, menggunakan bahasa baku mampu menterjemahkan komunikasi yang baik, betul dan berkesan. Ini disebabkan bahasa baku atau juga dikatakan bahasa standard yang sempurna dari aspek-aspek kebahasaannya seperti ejaan, tatabahasa, istilah, penggunaan kata, laras bahasa dan sebutan.Usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu telah dilakukan sekian lama. Kerajaan Sriwijaya telah menggunakan bahasa Melayu semenjak abad ketujuh.Kerajaan Melaka pula telah mengangkat bahasa Melayu ke tahap kegemilangan pad...

Insiden pokok tumbang di Kuala Lumpur

Imej
         Pada 7 Mei 2024, berlakunya insiden pokok tumbang besar yang melibatkan  Seorang lelaki berusia 47 tahun maut. Selain itu, seorang lagi lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.  Pada ketika itu, dua mangsa tersepit dalam kenderaan mereka telah pun berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba iaitu Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur M Fatta M Amin.  Beliau memaklumkan insiden itu menyebabkan 17 buah kenderaan rosak dan landasan monorel berhampiran turut terhalang oleh dahan daripada pokok tumbang tersebut.  Kejadian itu juga menyebabkan kerosakan fasiliti awam di kawasan itu termasuk perhentian bas di tepi laluan berkenaan. Menurut  Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 14.19 petang, seterusnya menghantar jentera ketempat kejadian. Dalam operasi menyelamat dan pembersihan insiden tersebut, an...

Kritikan terhadap drama "Nur"

Imej
          Drama “Nur” yang diterbitkan di Malaysia mendapat pelbagai jenis kritikan daripada penonton dan pemerhati media. Terdapat banyak kritikan yang diperkatakan oleh masyarakat setempat mengenai drama ini.      Kritikan yang pertama ialah pengambaran klise mengenai dunia pelacuran. Sesetengah penonton merasakan bahawa drama ini mengukuhkan stereotaip tentang pekerja seks dan kehidupan mereka, tanpa memberikan gambaran yang lebih mendalam atau lebih realistik.      Kritikan yang kedua ialah Penggambaran yang melibatkan Agama. Drama ini mengangkat tema agama dengan mengetengahkan perjalanan seorang wanita yang bekerja sebagai pelacur kemudiannya dia berubah kepada jalan yang benar (agama). Sesetengah pengkritik berpendapat bahawa gambaran ini boleh dilihat sebagai memudahkan isu-isu kompleks berkaitan agama dan moral.      Kritikan yang ketiga ialah Isu Moral dan Etika. Ada pengkritik yang mengatakan ...

Kritikan terhadap filem "Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan"

Imej
"Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan" merupakan sebuah filem epik sejarah Malaysia yang mendapat pelbagai reaksi dan kritikan. Terdapat banyak kritikan utama yang diperkatakan dalam filem ini.       Kritikan yang pertama ialah Plot dan Penceritaan. Sebahagian penonton dan pengkritik merasakan jalan cerita filem ini agak cliche dan mudah untuk diramal. Mereka berpendapat bahawa naratif itu kurang mendalam dan tidak memberikan penjelasan yang mencukupi tentang latar belakang watak.           Kritikan yang kedua ialah penggambaran Sejarah. Ada pihak yang berpendapat filem ini tidak tepat sepenuhnya dari sudut sejarah. Beberapa aspek penting dalam kehidupan Mat Kilau dan konteks sejarah pada masa itu dikatakan romantik atau diubah suai untuk tujuan dramatik.       Kritikan yang ketiga ialah kualiti pengeluaran. Walaupun mendapat pujian untuk sinematografi dan kostum, beberapa kritikan tertumpu kepada aspek produksi seper...

Sabah, Malaysia

Imej
        Sabah  juga dikenali sebagai  Sabah Negeri Dibawah Bayu  ialah salah satu wilayah yang membentuk Persekutuan Malaysia . Sabah terletak di bahagian utara pulau Borneo . Ibu Negeri Sabah  ialah Kota Kinabalu , yang dahulunya dikenali sebagai Jeselton . Kedudukan Sabah yang sangat strategik yang terletak di bawah laluan angin monsun  dan tidak pernah dilanda ribut taufan, kecuali beberapa ribut tropika berskala kecil. Sabah ialah negeri kedua terbesar Malaysia . Luas dataran kawasan Wilayah Sabah dijangkau kira-kira 72,500 kilometer persegi, dan bersempadan dengan Sarawak , dan terpisah dari Wilayah Persekutuan Labuan  di Malaysia.          Tempat yang dikunjungi yang terletak di Sabah ialah Kota Kinabalu. B andar ini juga merupakan destinasi pelancongan utama dan pintu masuk yang popular bagi pelancong yang melawat  Sabah  dan juga Borneo . Ramai pelancong mengambil kesempa...

Tokoh Motivasi, Dato' Fadzilah Kamsah

Imej
   Dato' Fadzilah Kamsah adalah seorang penulis, motivator, dan pendakwah yang terkenal di Malaysia. Beliau dikenali dalam bidang pembangunan diri dan motivasi atas sumbangannya.Lahir pada tahun 1951 di Malaysia, beliau telah menginspirasi banyak orang melalui karyanya.        Fadzilah memulakan kerjaya sebagai pensyarah di  Universiti Putra Malaysia   p ada tahun 1977 .   Pada tahun 1993, beliau menubuhkan sebuah syarikat untuk menyediakan perundingan pembangunan motivasi dan keluarga. Pada 10 Januari 2008, Fadzilah dinamakan "Tokoh Maal Hijrah " Selangor sebagai mengiktiraf sumbangan beliau terhadap keluarga dan pembangunan modal insan.        Fadzilah memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan kepujian kelas pertama dari Universiti Malaya pada tahun 1975, Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartawanan (1977) dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Organisational Communicati...